Tuesday, July 1, 2008

BANTUAN TABUNG BENCANA

Sepinggan kuetiau goreng RM1,000

Sunday, 08 June 2008

KUALA LUMPUR - Sanggupkah anda mengeluarkan RM1,000 hanya untuk sepinggan kuetiau goreng?
Itulah yang dilakukan oleh wakil syarikat Malay Media Sdn. Bhd. yang berjaya memenangi bidaan untuk membeli sepinggan kuetiau goreng dengan harga RM1,000 pada program amal Sebutir Nasi Sejuta Keinsafan di Menara Kuala Lumpur (KL), semalam.
Menariknya, kuetiau itu digoreng oleh Pengerusi Yayasan Titiwangsa, Datuk Astaman Abd. Aziz dan dilelong oleh seniman tanah air, Datuk Aziz Sattar.


Selain itu, kuetiau yang dimasak oleh Aziz turut berjaya dilelong pada harga RM300 dan dibeli oleh Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman manakala hidangan yang disediakan artis veteran Rashidah Jaafar dibeli oleh wakil Pizza Pah pada harga RM150.
"Hasil kutipan dari acara ini akan diserahkan kepada Kementerian Penerangan untuk diagihkan kepada mangsa bencana di China dan Myanmar.
"Orang ramai dan artis tempatan disaran untuk hadir dan memberi sumbangan sekadar mampu bagi menunjukkan keprihatinan pada program ini," kata Aziz sambil memberitahu, acara lelongan barangan milik selebriti juga turut diadakan.
Program tersebut akan berakhir pada pukul 10 malam ini di Tower Terrace Menara KL.
Program amal itu merupakan anjuran bersama Menara KL dan Restoran Seri Melayu bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Bantuan Bencana.

1 comment:

eMDiZuL said...

Salam///

Tahniah buat adik-adik di Bukit Bintang. Teruskan perjuangan!!! Jangan dilayan 'langau-langau' yang dok hurung najis tu... Wslm///