Friday, August 8, 2008

Uniform Pekida Malaysia

Uniform Pekida ini boleh didapati di Pejabat Pekida Malaysia Daerah Bukit Bintang, Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin menghubungi saya bagi mendapatkan keterangan lanjut atau cara lain untuk membeli uniform ini bolehlah menghantar komen di blog ini.

Tuesday, July 1, 2008

PEJUANG NASIB RAKYAT

Harian Metro

Perjuang nasib rakyat: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan sentiasa memerlukan sokongan padu daripada pertubuhan yang memperjuangkan nasib rakyat, khususnya umat Islam, di negara ini.Katanya, usaha murni itu perlu diteruskan bukan hanya di peringkat ahli, tetapi membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.“Semoga Pekida (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah) menjadi pertubuhan berwawasan dan dihormati seterusnya disegani rakyat Malaysia,” katanya.Abdullah merasmikan Perhimpunan Agung Pekida ke-15 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

BANTUAN TABUNG BENCANA

Sepinggan kuetiau goreng RM1,000

Sunday, 08 June 2008

KUALA LUMPUR - Sanggupkah anda mengeluarkan RM1,000 hanya untuk sepinggan kuetiau goreng?
Itulah yang dilakukan oleh wakil syarikat Malay Media Sdn. Bhd. yang berjaya memenangi bidaan untuk membeli sepinggan kuetiau goreng dengan harga RM1,000 pada program amal Sebutir Nasi Sejuta Keinsafan di Menara Kuala Lumpur (KL), semalam.
Menariknya, kuetiau itu digoreng oleh Pengerusi Yayasan Titiwangsa, Datuk Astaman Abd. Aziz dan dilelong oleh seniman tanah air, Datuk Aziz Sattar.


Selain itu, kuetiau yang dimasak oleh Aziz turut berjaya dilelong pada harga RM300 dan dibeli oleh Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman manakala hidangan yang disediakan artis veteran Rashidah Jaafar dibeli oleh wakil Pizza Pah pada harga RM150.
"Hasil kutipan dari acara ini akan diserahkan kepada Kementerian Penerangan untuk diagihkan kepada mangsa bencana di China dan Myanmar.
"Orang ramai dan artis tempatan disaran untuk hadir dan memberi sumbangan sekadar mampu bagi menunjukkan keprihatinan pada program ini," kata Aziz sambil memberitahu, acara lelongan barangan milik selebriti juga turut diadakan.
Program tersebut akan berakhir pada pukul 10 malam ini di Tower Terrace Menara KL.
Program amal itu merupakan anjuran bersama Menara KL dan Restoran Seri Melayu bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Bantuan Bencana.

SELAMAT DATANG KE BLOG Bukit Bintang

Assalamualaikum...

Dengan lafaz Bismillah...

Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita telah dapat mengujudkan satu tali silaturrahim yang besar diantara kita dan dapat berhubung di dalam blog baru kita ini, Blog ini telah diujudkan dengan izin Ayahanda Pengerusi Pekida Malaysia Daerah Bukit Bintang sendiri iaitu Ayahanda Roslan Dahaman (LG)dengan harapan semoga anak-anak bukit bintang dapat berhubung dengan lebih rapat dan mendapat informasi terkini dan tepat mengenai pertubuhan kita ini. Di dalam blog ini juga kita akan mengiklankan semua bisnes-bisnes dan barang yang dijual di pejabat pekida bukit bintang bagi ahli yang mahu membeli atau menyumbang kepada pertubuhan kita ini..

semoga tujuan murni kita akan tercapai dan semoga harapan ayahanda kita juga akan tercapai dengan IzinNya Amin...